Sunday, April 14, 2013

Shaykh Said Afandi al-Chirkawi - One of the musrhids who has been targetted by the so-called Salafi Wahabi Jihadi

Can you guess who did this?

A bomb blast killed leading Islamic scholar in Dagestan

By Ibrahim Abdulaev : IslamDag.info | 29 Aug 2012
MAKHACHKALA. A woman suicide bomber killed an influential Islamic cleric and six of his followers, including an 11-year-old boy and a woman, in Dagestan on Tuesday.
Said Atsayev, a renowned Sufi Muslim spiritual leader popularly known as Shaykh Said Afandi al-Chirkawi, was killed in an attack when the woman entered his home disguised as his follower and detonated an explosive belt around her waist, Russian media quoted police as saying. The blast happened in the village of Chirkey in the southern republic, which borders Chechnya.
Witnesses say as many as 150,000 of mourners converged on a cemetery for the burial of Said Afandi, and thousands more flocked to his grave the following day. President of Dagestan Magomedsalam Magomedov officially announced August 29 a day of mourning in the republic. All state flags of Russian Federation and the Republic of Dagestan were lowered, and all entertainment programs were cancelled.
Russian police on Wednesday identified the female suicide bomber as Aminat Kurbanova, a 30-year-old resident of Dagestan's capital, Makhachkala. The Interfax news agency claimed she was an ethnic Russian woman (Saprykina) who had converted to Islam after marrying an Islamist militant.
74-year-old Said Afandi, was considered one of the Russia's top spiritual leaders whose tens of thousands of followers include influential officials, clerics and businessmen. His father died when Afandi was just seven years old. After high school he worked as shepherd to financially support his family. He served in the Soviet Army and worked as a firefighter before coming to religion at the age of 32.
In his last years, Said Afandi mostly wrote books, many of which were translated into Russian and English. He was also fond of poetry, and was a keen poet himself. He never asked people to join tariqa or follow Sufism, but his followers are found all over Russia and beyond and condolences are received from all over the world.
"I express my deepest condolences to the family of Shaykh Said Afandi and all the families of the victims," Russian President Vladimir Putin wrote in a telegram. "His unwavering reputation with hundreds of thousands of believers was undeniable. This vile and cynical attack caused outrage and indignation of all Russian citizens regardless of their religion."
In one of his interviews he said that it is not allowed to call people to Sufism. “It’s the law of Sufis, we cannot invite people, and count them”, he said. “But if a person comes with his own initiative, then we cannot decline, whoever comes, Russian, Jew or Avar, I must accept him and teach him”.
In another interview Said Afandi is quoted to have said if a killer enters his house he will not prevent him from taking his life.“Let him answer before God for taking my life, than me,” he said. His modest house had no any security measures and was always full with visitors, anyone wishing to meet him had access to his house.
Dagestan is a multiethnic and predominantly Muslim province of nearly 3 million people on the oil-rich Caspian Sea. The mystical Muslim orders of Sufis have for centuries been popular here and in neighboring provinces of Russia's Caucasus region, and their leaders and adherents survived decades of Communist persecution. The Sufi brotherhoods are fiercely opposed to radical and militant Salafis that have mushroomed across the region.
Attacks against spiritual leaders in Russia have been on the rise recently. Militants have increasingly been targeting moderate Muslim leaders who have criticized extreme forms of Islam. Just months ago, a local imam was killed and the mosque set on fire in a small village in the republic. In March, `Abdulghafuril Muhammad, the imam of a mosque in Buynaksk, a city in Dagestan, was assassinated by a remote-controlled explosive device. Sirajudin Haji Israfilov, the imam of a mosque in the town of Derbent, was shot dead at his home in October. Maksud Sadikov, rector of Institute of Theology and International Relations was victim of another such attack last year. Less than two months ago, Ildus Faizov the mufti of the Russian Republic of Tatarstan was seriously injured in a car bomb, and another cleric former deputy mufti Valiulla Yakupov was gunned down outside his apartment in the republic's capital, Kazan on the same day.
Said Afandi had recently initiated peace talks between Sufis and Salafis in the republic and many experts believe that this terrorist act is an attempt to abort peacekeeping efforts in the region and to escalate the situation in southern Russia.
Moscow is struggling to contain an Islamic insurgency in North Caucasus region, nearly a decade after fighting two wars against separatists in Chechnya. Russia claims the region is largely under control, but sporadic bombings, assassinations and attacks on government facilities and troops continue.
Female suicide bombers are often called "black widows" in Russia because many of them are the wives, or relatives, of militants who have been killed by security forces. Some women are driven more by personal revenge for slain relatives than by promises of martyrdom and reward in the afterlife, while others are sent on such attacks against their will, experts say.
Muslims are a large minority of some 20 million in Russia, a country of 143 million people.

Monday, March 25, 2013

Semoga Allah SWT Mencucuri Rahmat ke atas Shaykh Dr. Uthman el-Muhammady




Semoga Allah SWT merahmati al-Marhum Shaykh Dr. Uthman el-Muhammady, salah seorang permata ASWJ di bumi Malaysia ini.

Semoga perjuangan ASWJ sentiasa berterusan dan silih berganti dari generasi ke generasi yang lain. Penulis pernah bersama-sama dengan beliau di dalam beberapa urusan dan penulis sangat menghormati serta mengkagumi kebaikan dan kesantunan watak Shaykh kita ini.


Ketika penulis bersama beliau, mulut beliau sentiasa bergerak membaca zikrullah serta jari-jemari beliau sentiasa bergerak menghitung zikrullah. Apabila penulis bertanya adakah beliau ada mengamalkan mana-mana tariqat muktabar, beliau menjawab bahawa beliau beramal dengan amalan yang dianjurkan oleh Imam al-Ghazali r.a.

Satu perkara yang paling sukar dicari ganti ialah kesungguhan beliau dalam mempertahankan ASWJ dalam mendepani golongan seperti Wahhabism, Pluralism, intellectuals yang menyeleweng yang melihat ibadat sebagai ritualism, dan lain-lain. Kefahaman beliau tentang sejarah, aqidah dan bahaya golongan Wahhabiyyah sangat mendalam. Minat beliau yang mendalam di dalam bidang ilmu adalah luar biasa.

Beliau menegur beberapa agamawan agar sentiasa kembali kepada kerangka ASWJ dan beliau sering menekankan agar para ustaz sentiasa kembali kepada kerangka ASWJ.

Semoga Allah SWT merahmati tokoh kita ini dan meletakkan beliau di kalangan para solihin.

Al-Fatihah buat al-Marhum Shaykh Dr. Uthman el-Muhammady..

Pemergian Shaykhuna Dr. al-Buti dan Shaykh Dr. Uthman el Muhammady adalah merupakan kehilangan besar buat pejuang ASWJ dan umat Islam ....................

Firman Allah SWT (al-Ahzab: 23):

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً

[23]Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Friday, March 22, 2013

Semoga Allah SWT merahmati al-Marhum Shaykhana al-Buti


Semoga Allah SWT merahmati al-Marhum Shaykhuna Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti yang telah wafat kerana dibom di dalam Masjid al-Iman di daerah al-Mazra'ah. Dilaporkan sebanyak 42 terbunuh dan 84 yang tercedera. Di antara yang terbunuh ialah cucu Shaykh al-Buti. Sesungguh kewafatan seorang alim ahli sunnah dan jama'ah seumpama beliau menunjukkan bahawa zaman qabd al-ilm bi qabd al-ulama' (ilmu diangkat dengan kewafatan ulama') telah pun tiba.

Pihak kami telah mengerjakan solat bagi jenazah Shaykh yang gha'ib dan sesungguhnya tidak tertahan air mata ini serta pilunya rasa hati ini dengan kewafatan Shaykhuna al-Buti yang telah menjadi sebab kukuhnya kami di atas jalan manhaj Ahli Sunnah dan Jamaah al-Asha'irah.

Semoga Allah SWT merahmati dan memuliakan Shaykh al-Buti yang sangat kami cintai dari lubuk hati kami.

Firman Allah SWT (al-Ahzab: 23):

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً
[23]Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Hati menjadi pilu,
Lidah menjadi kelu,
Air mata mengalir,
Seluruh badan merasakan kejutan,
Mengenangkan pemergian alim yang tiada pengganti seumpamanya,
Semoga Allah SWT merahmatimu dan merahmati kami denganmu.

Al-Fatihah untuk Shaykhina al-Buti..........

Sunday, October 28, 2012

Dr. Muhammad Tahir al-Qadri Menentang Terrorism (Irhabiyyah)

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;


1. Dr. Muhammad Tahir al-Qadri adalah salah seorang ulama' ahli sunnah dan jama'ah yang masyhur di peringkat antarabangsa dengan penguasaan pelbagai disiplin ilmu, shariah, hadith, tasawwuf, perundangan, ekonomi dan sebagainya.
Pembaca boleh membaca latar belakangnya DI SINI. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang kuat menentang fahaman Wahhabi dan Irhabi di peringkat antarabangsa.


2. Para Habaib seperti al-Habib Ali Zainal Abidin al-Jufri dan guru beliau al-Habib Umar Ibn Hafiz adalah di antara mereka yang mengambil sanad hadith dari Shaykh Tahir al-Qadri yang merupakan salah seorang ulama' besar hadith di Pakistan. 

3. Di antara guru beliau ialah al-Sayyid Alawi Ibn 'Abbas al-Maliki, bapa kepada al-Sayyid Muhammad Ibn 'Alawi al-Maliki, yang begitu dekat kecintaannya kepada ramai umat Islam di Malaysia.

4. Penulis tidak bercadang untuk mengulas penulisan Shaykh Tahir al-Qadri di sini. Tujuan penulis di sini hanyalah untuk memperkenalkan sebahagian tokoh ulama' besar ASWJ yang sangat komited dan dedikasi menentang fahaman Wahhabiyyah. Pembaca bolehlah terus mengikuti ceramah dan pengajian beliau yang banyak terdapat di dalam YouTube atau secara talaqqi apabila berkesempatan. 

Mengetahui para ulama' yang benar adalah asas keselamatan agama di zaman ini.

5. Shaykh Tahir al-Qadri telah mengeluarkan fatwa menentang Terrorism (Irhabiyyah) yang berjumlah sebanyak 600 mukasurat dan fatwa beliau telah disahkan oleh pihak Universiti Al-Azhar, Qaherah.

6. Di sini penulis, letakkan links kepada sebahagian daripada fatwa beliau yang sangat kemas dan indah ketika beliau melancarkan fatwa tersebut di UK. Sesiapa yang boleh memahami B. Inggeris, silalah ambil manfaat. 


Dan seterusnya di YouTube.

Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Thursday, July 19, 2012

Adakah Wahhabi Irhabi Khariji di sebalik pembunuhan ulama' di Rusia? Sejarah umat Islam boleh menjawabnya.


Ulama Rusia mati ditembak


BEBERAPA anggota polis memeriksa bangkai kereta yang membawa Ildus selepas ia hangus akibat letupan bom di Kazan, Rusia semalam.



MOSCOW - Seorang ulama wilayah Tatarstan, Rusia mati ditembak manakala seorang lagi ulama cedera dalam satu letupan bom kereta di Kazan, wilayah Tatarstan, kata beberapa penyiasat semalam.
Beberapa pemimpin tempatan menyatakan, kedua-dua serangan tersebut mempunyai kaitan dengan kritikan mereka terhadap golongan radikal Islam.
Jawatankuasa Siasatan Rusia memberitahu, Timbalan Mufti Tatarstan, Valiulla Yakupov ditembak mati ketika beliau meninggalkan rumahnya di Kazan semalam.
Menurut jawatankuasa itu, Ketua Mufti, Ildus Faizov cedera di kaki selepas bom pada keretanya meletup di pusat bandar tersebut.
Kedua-dua ulama berkenaan merupakan penentang pengikut fahaman Salafi atau Wahabi.
Jurucakap Jawatankuasa Siasatan, Vladimir Markin memberitahu beberapa agensi berita Rusia bahawa agensinya sedang menyiasat aktiviti kedua-dua ulama itu sebagai punca mereka diserang.
Berusia 49 tahun, Ildus menjadi Ketua Mufti Tatarstan pada tahun 2011 dan memulakan operasi membanteras golongan radikal Islam dengan memecat pendakwah Wahabi dan mengharamkan buku agama dari Arab Saudi.
Beliau turut dikritik media di Tatarstan kerana mengaut keuntungan daripada pakej mengerjakan haji anjurannya selain cuba mengawal sebuah masjid yang dikategori sebagai antara tertua dan terbesar di Kazan. - AP
Sumber: Kosmo
----------------------------------------------------------------------------
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;
1. Merujuk berita di atas. Al-Fatihah kepada Timbalan Mufti Tatarstan, Valiulla Yakupov. (Gambar di bawah) . Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang soleh. Amin.

2. Dan semoga Allah menyembuhkan Ketua Mufti Tatarstan, Ildus Faizov (Gambar di bawah). Berita yang sama banyak dilaporkan di dalam media-media antarbangsa yang lain seperti di sini dan di sini.


3. Peristiwa pembunuhan ulama' yang disyaki didalangi oleh Wahhabi Irhabi ini sememangnya mengingatkan kita kepada banyak peristiwa berdarah umat Islam yang dilakukan oleh golongan Khawarij amnya dan Wahhabi khususnya (Rujuk Sejarah Kebangkitan Wahhabi di dalam Inwan al-Majd dan Tarikh Najd). Begitu ramai ulama' yang terkorban di tangan Wahhabi Irhabi. Allahu al-Musta'an.
4. Negara-negara balkan sedang cuba bangkit dalam kewangan Islam seperti Kazakhstan sendiri telah menubuhkan Kaz Haj yang menyerupai model Tabung Haji dengan bantuan Amanah Raya Berhad (Malaysia) dan Tatarstan bercadang untuk mengintai peluang penerbitan sukuk dengan Amanah Raya Berhad (Malaysia). 
5. Negara-negara Balkan sememangnya pernah menjadi pusat ilmu Islam sehingga digambarkan ketinggian ilmu di Bukhara menyamai perbincangan ilmu di Baghdad. 
6. Semoga negara-negara Islam Balkan kembali bangkit dan semoga Allah menjauhkan mereka daripada fahaman-fahaman menyeleweng seperti Wahhabi, Syiah, Islam Liberal, Hizb al-Tahrir, dan lain-lain. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, February 7, 2012

Selawat dan Salam kepada Nabi Tercinta, Dari Umatmu Yang Banyak Berdosa, Semoga Allah Mengampuni

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

Telah datang kepada kita bulan yang telah dimuliakan oleh Allah dengan kelahiran kekasihNya - Junjungan dan Penghulu kita, Nabi Muhammad SAW - ke alam dunia ini. 

Meriahlah alam ini dengan kumandang selawatan, puji-pujian dan nasyid sebagai tanda kecintaan hati-hati umat ini untuk bertemu dan menatap wajah Baginda SAW. 


Walaupun tahu, sememangnya diri yang penuh dosa dan maksiat ini tidak layak, namun tetap yakin bahawa Allah SWT dan  Baginda SAW jauh maha maha kasih, maha pemurah, maha pemberi kemaafan....

Hati yang bisu, lidah yang kelu dari berselawat ke atas-Mu, setelah mendengar nama-Mu, sememangnya milik orang-orang yang ditimpa kecelakaan. 


Apakah wasilah yang lebih dekat kepada Allah berbanding kekasihNya, Tidak ada jalan ke syurga melainkan dengan jalannya,

Ya Allah! Hidupkanlah kami di atas sunnah Baginda SAW, Wafatkanlah kami di atas agama Baginda SAW, Bangkitlah kami bersama Baginda SAW, Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama Baginda SAW, Jadikanlah kami orang-orang yang hampir dengan Baginda SAW

"Wahai Penghulu segala para rasul, Engkaulah sandaranku selepas pergantungan kepada Allah,
Maka di dunia dan akhirat nanti, Sambutlah tanganku (yang penuh dosa ini)."
 اللهم صل وسلم وبارك عليه وعلى آله 





Tuesday, December 27, 2011

Al-Shaykh Abdul Qadir Mandili: al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. al-Marhum Al-Shaykh Abdul Qadir al-Mandili  merupakan salah seorang ulama' Melayu yang mengajar di Masjidil Haram pada zamannya. Beliau ada menulis sebuah kitab tentang isu "Bermazhab" yang telah ditimbulkan oleh kaum Muda atau "Mudah" di tanah melayu suatu ketika dulu.

2. Al-Marhum al-Shaykh Abdul Qadir al-Mandili menyebut di muqaddimahnya:


"Amma ba'd, maka ini sebuah kitab yang kecil, yang mengandung ia akan hukum bermazhab dan taqlid, hamba susunkandia kerana permintaan Tuan Guru Haji Hasan Ahmad Fatani, yang memberi ia akan hamba sebuah risalah (al-Mazhab, Wajibkah atau Haramkan Bermazhab?) yang terbangsa kepada al-Fadil Tuan Hasan Ahmad Bandung, dan menyuruh akan hamba dengan menerangkan barang yang di dalamnya daripada segala yang menyalahi...."

3. Jelasnya, kitab di atas ditulis bagi menjawab persoalan yang telah ditimbulkan oleh Tuan Hasan Ahmad Bandung di dalam sebuah kitab yang bertajuk: "al-Mazhab: Wajibkah atau Haramkan bermazhab?".

4. Ajaran dan fahaman kaum Muda yang dibawa oleh Ustaz Hasan Bandung pernah mempengaruhi ramai para pelajar IPTA di Malaysia pada suatu masa dahulu sehingga ada universiti yang tidak melakukan qunut, melakukan azan jumaat hanya sekali dan ada mahasiswa yang berpegang dengan pegangan bahawa aging babi tidak najis - hanya haram dimakan, dll. Alhamdulillah, fitnah tersebut semakin lama semakin ditinggalkan oleh masyarakat walaupun cuba dihidupkan oleh fahaman Salafi Wahhabi masa kini.

5. Ya, sejarah membuktikan bahawa mahasiswa-mahasiswi IPT yang bijak pandai juga  terdedah kepada fahaman dan ajaran yang menyeleweng dari aliran Ahli Sunnah dan Jama'ah. Maka berhati2lah wahai para mahasiswa di luar sana, ilmu pertama yang kamu timba dalam pengajian agama memberi kesan yang sangat besar di dalam diri kamu. 

6. Pengalaman penulis dalam memberi khidmat nasihat kepada mereka yang terpengaruh dengan fahaman bid'ah mendapati bahawa "ustaz pertama/guru agama pertama" seseorang memberi implikasi yang sangat besar di dalam kefahaman agamanya kerana mereka belajar daripada "ustaz/guru pertama" ini dalam keadaan dada dan diri mereka kosong daripada ilmu-ilmu asas yang benar. Setelah fahaman tersebut berakar umbi di dalam diri mereka, maka proses "pembersihan" mengambil masa yang agak lama dan sukar. Illa man rahimallah.

5. Menurut pemerhatian penulis juga, fahaman Salafi Wahhabi masakini di Malaysia sebenarnya adalah merupakan fahaman gadungan daripada ajaran Wahhabiyyah yang dibawa oleh Muhammad Ibn Abd al-Wahhab  al-Najdi dan fahaman Salafiyyah yang dibawa oleh Jamaluddin al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh, dan Muhammad Rashid Ridha.  Kedua-dua fahaman ini sebenarnya mempunyai sebahagian persamaan dan perbezaan yang ketara; namun begitu penulis tidak bercadang untuk memperincikan persamaan dan perbezaan tersebut di dalam penulisan yang ringkas ini.

6. Ini sedikit berbeza dengan fahaman kaum Muda pada zaman awal yang lebih terpengaruh dengan gerakan pan-Islamism yang dibawa oleh Jamaluddin al-Afghani. Ya, ada yag benar-benar mengikuti fahaman Wahhabiyyah seperti ajaran Ittiba' al-Sunnah di Kuala Pilah yang telah difatwakan sebagai sesat oleh Majlis Fatwa Kebangasaan.

7. Penulis tak dapat untuk memanjangkan perbincangan di dalam bab ini kerana hambatan masa dan tugas. Untuk download kitab yang dikarang oleh al-Shaykh Abdul Qadir al-Mandili tersebut, pembaca boleh klik di sini.

Moga perkongsian ini memberi manfaat. Amin.

Untuk lebih mengenali beliau, penulis memetik sejarah ringkas beliau dari sumber berikut [Pondok Habib]:

"Syeikh Abdul Qadir al-Mandili Guru di Masjidil Haram
Bukan sedikit tokoh-tokoh ulama yang berketurunan Mandailing berhijrah ke Tanah Melayu. Antara tokoh terawal yang datang ke Tanah Melayu ialah Syeikh Junid Thala. Tokoh besar ini lahir pada tahun 1314 Hijriyyah bersamaan dengan 1897 Masehi. Beliau merupakan pendiri Madrasah ad-Diniyah di Padang Rengas, Kuala Kangsar Perak. Madrasah ini pernah menjadi pusat gerakan menentang penjajah satu masa dahulu.
Tokoh selanjutnya ialah Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Mutollib Al-Indonesi Al-Mandili. Beliau pernah menimba ilmu di Kedah dan kemudiannya menjadi tenaga pengajar di Masjidil Haram. Walaupun menjadi guru di Masjidil Haram, hubungan beliau dengan alim-ulama dan para penuntut ilmu di Alam Melayu sangat akrab. Beliau sangat mengambil berat tentang perkembangan semasa samada dari segi agama mahupun politik di Alam Melayu.
Nama penuh ulama ini ialah Abdul Qadir bin Abdul Mutollib bin Hassan. Beliau dilahirkan pada tahun 1910 Masehi di Sigalangang, Tapanuli Selatan sebuah wilayah yang terletak di bahagian Sumatera Utara dalam Pulau Sumatera. Latar belakang keluarganya adalah dalam bidang asas tani. Syeikh Abdul Qadir mendapat pendidikan awal di Sekolah Belanda pada tahun 1917 dan lulus Darjah Lima pada tahun 1923. Setahun selepas itu beliau berhijrah ke Kedah untuk mendalami ilmu agama.
Di peringkat awal, beliau menimba ilmu kepada Tuan Guru Haji Bakar Tobiar di Pondok Penyarum, Pendang. Selepas itu beliau berpindah ke Pondok Air Hitam untuk menimba ilmu kepada tokoh ulama di situ iaitu Tuan Guru Haji Idris dan Lebai Dukun. Pada tahun 1926, Syeikh Abdul Qadir memasuki Madrasah Darul Saadah Al-Islamiyah (Pondok Titi Gajah ) yang pada waktu itu dipimpin oleh Syeikh Wan Ibrahim Abdul Qadir yang lebih terkenal dengan panggilan Pak Chu Him) oleh masyarakat setempat.
Beliau menadah kitab kepada Pak Chu Him selama 10 tahun. Beliau sangat tekun belajar dan amat ringan tulang. Pada musim cuti, beliau akan bekerja mengambil upah memukul padi kerana pondok itu terletak di dalam kawasan padi. Diriwayatkan bahawa telah menjadi amalan beliau untuk menghafaz sambil memukul padi. Tidak hairanlah beliau menjadi anak murid kesayangan Pak Chu Him Selanjutnya beliau menjadi guru pondok membantu Pak Chu Him mengajar di situ tetapi dalam tempoh yang tidak lama. Ini adalah kerana beliau mengambil keputusan untuk berangkat ke Makkah untuk menimba ilmu kepada kakanda Pak Chu Him iaitu Syeikh Wan Ismail Abdul Qadir atau lebih dikenali sebagai Pak Da ‘Ail. Pak Da ‘Ail pada ketika itu merupakan tokoh ulama besar di Makkah.
Pada tahun 1936, beliau bertolak ke Makkah dan setibanya di sana, beliau bukan sahaja berguru dengan Pak Da ‘Ail tetapi juga tokoh-tokoh ulama lain seperti Syeikh Al-Maliki, Syeikh Hassan Al-Masyat, Syeikh Muhammad Al-Arabi, Syeikh Sayyid Al-Alawi, Syeikh Muhammad Ahyad, Syeikh Hasan Yamani, Syeikh Muhammad Nur Saif, Syeikh Umar Hamdan Mahrusi, Syeikh Yasin Isa Al-Fadani dan Syeikh Abdullah Lahji. Dengan mendampingi ulama-ulama besar ini, beliau telah mendalami ilmu khususnya dalam bidang Tauhid, Tasawwuf, Fiqh dan Hadith.
Ketika berada di Makkah beliau tambah tekun belajar. Diriwayatkan masanya banyak dihabiskan di Masjidil Haram dengan mengaji, menghafaz, mengerjakan tawaf dan minum air zam-zam. Saking alimnya beliau yang menguasai pelbagai bidang ilmu maka beliau kemudiannya diterima menjadi guru di Masjidil Haram. Bukan calang-calang orang menjadi guru agama di Masjidil Haram kerana Masjidil Haram menjadi tempat perhimpunan alim-ulama untuk menimba ilmu. Syeikh Abdul Qadir telah mendapat pengiktirafan tokoh-tokoh ulama di Makkah sehingga beliau diberi izin untuk mengajar di kota suci itu. Disebabkan itulah beliau telah digelar oleh seorang tokoh ulama Kedah iaitu Tuan Guru Haji Husein Che Dol[1] sebagai “al-Alim al-Fadhil wa al-Abdi al-Kamil As-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutollib Al-Mandili al-Indonesi” yang menggambarkan tingginya tahap keilmuan beliau.
Halaqah pengajiannya sentiasa mendapat tempat di hati para penuntut ilmu khususnya penuntut yang datang dari Alam Melayu. Halaqah beliau dikatakan sentiasa penuh, tidak pernah kurang dari 200 orang pelajar. Beliau mengajar pelbagai bidang ilmu termasuklah ilmu Nahu, Sorof, Hadith, Musthalah Hadith, Tafsir, Fiqh Syafi`i dan sebagainya.
Ketika menjadi guru di Masjidil Haram, Syeikh Abdul Qadir pernah ditawarkan dengan pelbagai jawatan termasuk sebagai guru agama di Cape Town, Afrika Selatan. Presiden Sukarno dikatakan pernah menawarkan kepada beliau jawatan Mufti Indonesia manakala Al-Malik Saud, Raja Arab Saudi menawarkan jawatan sebagai Qadhi Al-Qudat dengan gaji yang besar tetapi beliau menolaknya kerana ingin menumpukan perhatian kepada pengajarannya di Masjidil Haram. Ini bersesuaianlah dengan gelaran yang beliau sendiri pakai iaitu “Khuwaidam Talabah al-Ilmu as-Syarif bil Harami al-Makki (Khadam kecil bagi penuntut ilmu di Masjidil Haram)”.
Syeikh Abdul Qadir tidak ketinggalan menghasilkan karya dimana ada di antara kitab-kitab yang ditulisnya itu masih lagi digunakan sebagai teks pengajian di pondok dan di masjid. Tulisan beliau meliputi pelbagai bidang seperti usuluddin, tasawwuf, fiqh, politik, pendidikan dan perundangan. Diriwayatkan sewaktu berada di Makkah, beliau telah menghasilkan 24 buah kitab dalam bahasa Melayu dan Arab. Antara hasil penulisannya ialah seperti seperti
  • Risalah Pokok Qadyani – Risalah ini mendedahkan kesesatan dan bahaya ajaran Mirza Ghulam Ahmad Qadyani.
  • Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar Al-Asy’ari – Kitab ini ditulis pada tahun 1958 mengkritik pemikiran Kaum Muda.
  • al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab – Kitab ini juga ditulis pada tahun 1958 mengkritik pemikiran Kaum Muda.
  • Pendirian Agama Islam – Kitab ini ditulis pada tahun 1956 dan membicarakan tentang masalah ideologi ciptaan manusia seperti kapitalisme, sosialisme dan komunisme serta percanggahannya dengan aqidah dan pemikiran Islam.
  • Senjata Tok Haji dan Tok Lebai – Kitab ini ditulis pada tahun 1949
  • Pembantu Bagi Sekalian Orang Islam Dengan Harus Membaca Quran dan Sampai Pahalanya Kepada Sekalian Yang Mati – Kitab ini ditulis pada tahun 1950
  • Tuhfat Al-Qari Al-Muslim Al-Mukhtarah Mimma Ittifaqa Alaih Al-Bukhari wa Muslim – Kitab ini ditulis pada tahun 1952
  • Bekal Orang Yang Menunaikan Haji – Kitab ini ditulis pada tahun 1953
  • Penawar bagi Hati – Kitab ini ada diterbitkan dalam versi Rumi oleh penerbit Hidayah Publishers
  • Perisai bagi Sekalian Mukallaf – Kitab ini ada diterbitkan dalam versi Rumi oleh Hidayah Publishers dan Jahabersa.
Buku-buku yang ditulisnya dalam bidang politik dan perundangan antaranya ialah seperti
  • Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia (1961),
  • Siasah dan Loteri dan Alim Ulama (1962) dan
  • Islam: Agama dan Kedaulatan (1959).
Syeikh Abdul Qadir sangat gigih mengajar tidak kira walaupun dalam keadaan sakit. Tidak langsung tampak kesakitan yang dideritainya sebaik sahaja beliau mula mengajar. Apabila ditanya oleh anak muridnya apakah beliau sudah sembuh, beliau menjawab, “kalau menangis pun bukan nak lega”. Begitulah hebatnya tokoh ulama yang berasal dari Alam Melayu ini yang sangat gigih berdakwah dan menabur ilmu kepada umat Islam tanpa mengira penat dan lelah. Pada tahun 1385 Hijriyyah (1965 Masehi), Syeikh Abdul Qadir bin Tholib menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah mengalami penyakit uzur di kakinya. Jenazahnya telah dimakamkan di perkuburan Ma`la Makkah Mukarramah."

Wallahu a'lam, wa ilmuhu atamm, wa ma tawfiquna illa billah al-'ali al-'azim.

Tuesday, December 20, 2011

WAHHABISM: UNDERSTANDING THE ROOTS AND ROLE MODELS OF ISLAMIC EXTREMISM

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. Penulis di sini ingin berkongsi sebuah artikel yang sangat ringkas dan padat namun sangat berfaedah berkenaan dengan Wahhabi oleh Zamir Qamar. Artikel ini diambil daripada http://www.sunnah.org/ , website As-Sunnah Foundation of America (ASFA).


WAHHABISM:
UNDERSTANDING THE ROOTS AND ROLE MODELS OF ISLAMIC EXTREMISM



2. Untuk download, pembaca boleh klik di sini . Semoga e-Book tersebut dapat mencerahkan lagi kefahaman kita berkenaan kebatilan "Wahhabiyyah", khususnya untuk mereka yang gemar membaca penulisan di dalam bahasa Inggeris.

Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sunday, September 11, 2011

Membanteras Anasir Militan - Bukit Aman


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;



1. Alhamdulillah, pihak polis telah mula menulis dengan membentangkan fakta dan kronologi berkenaan sebahagian kecil gerakan Salafiah Jihadiyyah (Irhabiyyah) yang berlaku di Malaysia khususnya.

2. Penulis melihat ini sebagai salah satu pendekatan yang sangat baik dalam menerangkan perkembangan gerakan ini di dalam masyarakat supaya masyarakat dapat menyedari ancaman yang berselindung di sebalik seruan jihad (palsu) ini. 

3. Sebahagian masyarakat Islam di Malaysia masih lagi melihat isu ini sebagai isu mainan politik dan bukannya isu keselamatan negara dan ajaran sesat. Bahkan, lebih parah lagi, isu ini dianggap tidak wujud dan hanyalah mainan pihak tertentu.

4. Bagi penulis sendiri yang pernah berjumpa dan berbincang dengan sebahagian tahanan-tahanan ini, isu Salafiyyah Jihadiyyah/Irhabiyyah dan fahaman Salafiyyah Wahhabiyyah bukan isu mainan, bahkan pihak polis Malaysia menangani isu ini dengan penuh hikmah yang tak perlu diperincikan di sini.

5. Insya-Allah, pihak penulis akan membentangkan "Body of Knowledge" yang ditanam di dalam diri seorang Salafi Jihadi (sebut sebagai Irhabi) dan bagaimanakah fahaman Salafiyyah Wahhabiyyah dapat menyumbang kepada kewujudan Salafiyyah Jihadiyyah/Irhabiyyah menerusi "Body of Knowledge" tersebut.

6. Fahaman sesat yang bersarang di dalam diri mereka dibina dalam masa bertahun-tahun dan mengambil masa yang bertahun lama juga untuk disembuhkan. Iktikad yang sesat perlulah diubati dengan ilmu yang benar.

7. Soalan yang ditujukan oleh penulis di sini kepada semua pembaca di luar sana: 

MENGAPAKAN SEMUA AHLI JI YANG DITANGKAP BERPEGANG DENGAN FAHAMAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH YANG SAMA DIAJARKAN OLEH BEBERAPA "SARJANA" GERAKAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH DI UNIVERSITI, MASJID, SURAU, DLL??

Ya, mereka mempunyai fahaman yang sama berkenaan bid'ah, kufur, syirik, taqlid, mazhab, tawassul dan tawhid, bahkan kitab-kitab yang dibaca oleh ahli JI ini adalah buku-buku yang ditulis oleh "Sarjana" Wahhabi Salafi tersebut!!!! 

Tidak seorang dari mereka yang terkeluar daripada fahaman Salafiyyah Wahhabiyyah ini...

Dan untuk mengubati mereka, kita perlu "menghancurkan" fahaman Salafiyyah Wahhabiyyah yang ada di dalam diri mereka terlebih dahulu..Mengapa? Dan mengapa?

Semoga Allah memberi kami peluang untuk menerangkannya di masa akan datang.

Silalah baca artikel di bawah untuk melihat sebahagian usaha yang telah dilakukan oleh pihak polis dalam membanteras gerakan ini.

Membanteras anasir militan


SELEPAS genap 10 tahun tragedi serangan 11 September 2001 atau 911 ke atas Amerika Syarikat (AS) oleh kumpulan al-Qaeda, tiada tanda-tanda menunjukkan ancaman kumpulan tersebut akan berakhir.

Walaupun hampir semua pimpinan tertinggi al-Qaeda berjaya ditangkap atau dibunuh termasuk Osama bin Laden pada 1 Mei 2011 namun, beberapa serangan berani mati terus dilancarkan oleh kumpulan gabungannya yang memegang ideologi sama seperti al-Qaeda iaitu Salafiah Jihadiah.

Malaysia turut dikaitkan dengan tragedi serangan 911 apabila empat daripada perancang operasi atau dikenali sebagai operatif-operatif al-Qaeda yang terlibat pernah mengadakan perjumpaan sulit di Kuala Lumpur pada Disember 1999 dengan bantuan anasir-anasir kumpulan Jemaah Islamiah (JI) tempatan.

Malah beberapa hari selepas tragedi 911, media antarabangsa telah menyiarkan laporan-laporan mendakwa Malaysia sebagai 'Launching Pad' kepada operatif-operatif al-Qaeda yang terlibat.

Namun ia dilihat sebagai usaha negara-negara Barat untuk menutup kelemahan masing-masing kerana gagal mengesan dan mengambil tindakan mencegah serangan tersebut walaupun mereka sebenarnya mempunyai maklumat terperinci mengenai beberapa operatif yang terlibat.

Beberapa operatif al-Qaeda yang terlibat termasuk Khalid Al-Mihdhar, ketua kumpulan yang merampas pesawat Amerika Airlines Flight 77, pesawat yang merempuh Bangunan Pentagon di Washington, AS, memang pernah memasuki Malaysia pada Disember 1999.

Sepanjang berada di Malaysia sehingga awal Januari 2000, mereka dibantu oleh anasir-anasir JI tempatan. Kondominium tempat mereka menginap di Bandar Sungai Long adalah milik anggota kanan JI negara ini iaitu Yazid Sufaat yang pernah menjalani latihan di kem Al-Qaeda di Afghanistan pada 1999 sehingga 2001.

Malah Yazid Sufaat juga pernah berbai'ah dengan Osama di Kandahar, Afghanistan. Di samping Yazid Sufaat, terdapat 10 lagi anggota JI tempatan yang pernah berbai'ah dengan Osama.

'Mastermind' di belakang serangan 911 adalah Khalid Syeikh Mohamad, ketua operatif al-Qaeda yang juga pernah memasuki Malaysia sejak 1993 untuk mengadakan pertemuan dengan Hambali, anggota kanan JI Malaysia.

Menurut rancangan awal Khalid yang dibentang kepada Osama pada Mac 1999, serangan tersebut turut melibatkan rancangan merampas pesawat di Thailand, Korea Selatan, Hong Kong dan Malaysia.

Namun Osama berpendapat rancangan tersebut terlalu besar dan akhirnya menumpukan kepada serangan di AS saja.

Insiden 911 juga telah mendorong pihak polis di rantau Asia Tenggara seperti Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia melancarkan operasi tangkapan ke atas anasir-anasir JI di negara masing-masing yang merupakan kumpulan gabungan al-Qaeda.

Beberapa rakyat Malaysia yang merupakan anggota kanan al-Qaeda termasuk Mohammed Nazir Lep dan Mohd. Farik Amin turut ditangkap oleh pihak berkuasa asing.

Mohammed Nazir berasal dari Muar, Johor manakala Mohd. Farik dari Kajang, Selangor adalah dua rakyat Malaysia yang dipilih menyertai kumpulan Al-Qaeda untuk melancarkan serangan ala 911. Namun kedua-duanya ditangkap bersama Hambali di Bangkok pada Ogos 2003 dan kini kesemuanya ditahan di Teluk Guantanamo.

Sejak 2001, PDRM telah menahan seramai 202 anasir militan yang majoritinya terdiri daripada JI dan al-Qaeda.

Jumlah itu termasuk 74 anasir militan (21 daripadanya adalah anggota al-Qaeda) yang ditangkap di Malaysia sejak penubuhan Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) pada Mac 2009.

Ini menunjukkan ancaman al-Qaeda dan JI masih wujud, walaupun tahap ancaman tersebut semakin menurun.

Apa yang jelas, daripada tangkapan yang dibuat sejak 2009, menunjukkan terdapat anasir-anasir al-Qaeda yang menyusup masuk untuk transit di Malaysia dan cuba merekrut pelajar-pelajar asing dan rakyat tempatan untuk menyertai kumpulan mereka.

Di samping anasir al-Qaeda dari luar negara, polis juga terus memantau 20 bekas anggota JI yang pernah menjalani latihan ketenteraan di kem al-Qaeda di Afghanistan.

Tangkapan seramai 11 anggota kumpulan al-Qaeda yang diketuai oleh Ayman Al-Dakkak di Gombak pada 21 Januari 2010 jelas membuktikan bahawa usaha merekrut anggota baru Al-Qaeda adalah satu proses yang berterusan.

Banyak pihak berpendapat ancaman al-Qaeda akan berkubur dengan pembunuhan Osama. Namun apa yang jelas kini negara menghadapi ancaman penyebaran ideologi Salafiah Jihadiah al-Qaeda yang masih terus disebarkan secara meluas melalui Internet.

Ini amat membimbangkan PDRM kerana terdapat pemikir yang menunjukkan sudah ada individu-individu terutamanya remaja terpengaruh untuk melancarkan serangan ganas bersendirian selepas terpengaruh dengan ideologi Salafiah Jihadiah.

Kecenderungan remaja dan golongan pelajar untuk terpengaruh dan menjadikan al-Qaeda sebagai simbol perjuangan tidak boleh diketepikan.

Ini terbukti dengan tangkapan yang dibuat oleh pihak polis pada Julai 2010 ke atas Mohd. Fadzullah, pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Dia yang terpengaruh dengan ideologi Salafiah Jihadiah telah menubuhkan kumpulan Tandzin Al-Qaeda Asia Tenggara pada 2008 dan berjaya merekrut lima penuntut UTM Skudai.

Dua daripada anggota kumpulannya yang juga penuntut UTM telah ditangkap di Thailand pada 2007 dan kini menjalani hukuman penjara selama 28 tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam aktiviti keganasan di negara tersebut.

Mohd. Fadzullah dan anggota-anggotanya menjadikan Osama dan al-Qaeda sebagai idola mereka.

Trend ancaman kumpulan al-Qaeda kini yang melibatkan sel-sel kecil, beroperasi secara berasingan dan tidak mempunyai struktur organisasi dan hubungan dengan kepimpinan induk al-Qaeda amat membimbangkan.

Ini menyukarkan pihak polis untuk mengesan aktiviti dan perancangan anggota sel ini.
Setakat ini pihak polis masih berjaya mencegah sebarang serangan oleh anasir-anasir militan di Malaysia walaupun terdapat rancangan untuk melancarkan serangan di negara ini.

Kejayaan itu banyak dipengaruhi oleh kemampuan polis mengesan dan menangkap anasir-anasir militan tersebut sebelum mereka berada di peringkat akhir serangan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, tahanan-tahanan yang ditahan di bawah ISA juga menjalani proses pemulihan sebelum dibebaskan kembali. Setakat ini kaedah yang digunakan mampu menangani ancaman kumpulan-kumpulan militan.

Selain Malaysia, Singapura juga menggunakan akta sama dalam menangani ancaman kumpulan JI dan al-Qaeda.

Pihak polis juga amat berharap dengan langkah membatalkan pemberian visa waktu ketibaan (VOA) kepada pelawat-pelawat dari negara-negara berisiko mampu membantu polis mengawal kehadiran anasir militan asing khususnya al-Qaeda ke Malaysia.

Begitu juga dengan perlaksanaan sistem biometrik di semua pintu masuk negara.


Operasi polis di kampung Sungai Cincin di Gombak, Selangor ke atas kumpulan al-Qaeda pimpinan Ayman Al-Dakkak pada Januari 2010.
Sumber: Utusan

Wednesday, September 7, 2011

Video - Shaykh al-Azhar menerangkan tentang Wahhabi, Ibnu Taymiyyah, Hanabilah Mujassimah

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;


1. Alhamdulilllah..Shaykh al-Azhar Prof. Dr. Ahmad Tayyib menerangkan berkenaan Wahhabiyyah,  Hanabilah Mujassimah, kedudukan Ibn Taymiyyah dan manhaj Imam Ahmad Ibn Hanbal secara tenang dan sederhana.....Insya-Allah..kami akan terjemahkan perbincangan beliau ini dalam masa terdekat. Bagi sesiapa yang boleh berbahasa Arab, silalah teliti dan renungi rakaman ini.


Video 1






Video 2




Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, August 24, 2011

Murahnya Gelaran "Ulama'" Pada Zaman Ini

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;


1. Pertama sekali, penulis memohon maaf kepada para pembaca kerana tidak dapat "update" penulisan di blog ini seperti blog2 yang lain-lain. Ini adalah kerana kelemahan penulis sendiri dan semoga Allah memberi tawfiqNya untuk penulis terus berkongsi serba sedikit ilmu ("Dan tidaklah kamu semua diberikan ilmu melainkan sangat sedikit."), pengalaman dan pemerhatian penulis bersama para pembaca. 


2. Pada posting yang ringkas kali ini, penulis ingin meluahkan rasa kesal di atas sikap sebahagian manusia yang terlalu mudah menggelarkan seseorang itu sebagai salah seorang daripada kalangan ulama'. Kalaupun hendak memuji, janganlah membuat pujian dan dakwaan bukan pada tempatnya.


3. Betapa mahalnya gelaran ulama' ini sehinggakan Al-Quran hanya menyebut kalimah "al-Ulama'" ini hanya sekali sahaja iaitu dalam surah Fatir ayat 29 iaitu [tidak termasuk istilah "Ulama' Bani Israil" di dalam al-Shu'ara': 197]:


إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ 

Terjemahan: 'Hanyasanya yang takut kepada Allah SWT itu di kalangan hamba-hambanya ialah orang-orang berilmu (al-Ulama')".


4. Dan Rasulullah SAW ialah hamba Allah yang paling takut kepada Allah dan yang paling mengenali Allah SWT sepertimana sabdaan baginda SAW (Sahih Ibn Hibban):


والله إني أتقاكم لله وأخشاكم له
Terjemahan: "Demi Allah, akulah yang paling bertaqwa kepada Allah di kalangan kamu, dan yang paling takut kepadaNya di kalangan kamu."

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda (Sahih Bukhari): 

 إِنَّ أَتْقَاكُمْ وَأَعْلَمَكُمْ بِاللَّهِ أَنَا
Terjemahan: "Sesungguhnya yang paling bertaqwa dan yang paling mengenal Allah di kalangan kamu ialah daku"

5. Berdasarkan ini, seorang alim di kalangan para ulama' itu mempunyai kedudukan yang paling hampir dengan Rasulullah SAW.

6. Al-Quran tidak menyatakan sifat para ulama itu sebagai suka berdebat2 atau petah berkata2 atau banyak karangannya atau banyak pengikutnya atau luas pengaruhnya atau hebat fizikalnya atau memiliki PhD atau gelaran Profesor dan lain-lain. Perkara-perkara tersebut masih belum menjadi petunjuk2 yang pasti kecuali dizahirkan dengan sokongan-sokongan yang lain seperti persepakatan ummah di atas penerimaannya sebagai ulama', dan lain-lain. 

7. Namun begitu, al-Quran mengunci kemas istilah ulama' itu dengan "ketakutan kepada Allah SWT". Dari sudut bahasa Arab, kalimah "innama" itu adalah salah satu bentuk uslub al-hasr wa al-ikhtisas yang memberi makna limitation dan privilege. Bukankah sifat Takut (dan iman) itu sesuatu yang tidak zahir dan berada di dalam hati seseorang ulama'? Ya, maknanya bukan mudah untuk mengenal hakikat para ulama' itu.

8. Imam al-Ghazali menyatakan lima ciri-ciri yang ada pada para ulama' yang besar yang disepakati ummat ini seperti Imam al-Shafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Imam Sufyan al-Thawi iaitu:

وكل واحد منهم كان عابداً وزاهداً وعالماً بعلوم الآخرة وفقيهاً في مصالح الخلق في الدنيا ومريداً بفقهه وجه الله تعالى
Tejamahan: "Setiap daripada mereka itu kuat ibadahnya, zuhud, berilmu dengan ilmu-ilmu akhirat, dan faqih di dalam maslahat makhluq di dunia (faqih dalam ilmu hukum ahkam zahir fiqh), dan mengkehendaki dengan ilmu mereka keredaan Allah"

Seorang ulama' bukan sahaja mempunyai ciri-ciri ini, namun dia juga mampu mendidik ciri-ciri ini pada anak-anak didiknya dan masyarakat sekiranya sekaliannya mempunyai niat yang benar dan sahih.

9. Jadi, sedarlah kita bahawa kedudukan ulama' itu terlalu tinggi untuk dimurahkan istilahnya pada hari ini.  Ambillah pengajaran al-Quran.

10. Hari ini, orang yang berkata-kata kesat, tidak memelihara hak sesama Muslim, merendah2kan umat Islam, bahkan mencaci dan mengkafir sesama Muslim, tidak menghormati Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda r.a., tidak menghormati ulama'2 terdahulu terus dipanggil seorang ulama' kerana zahir di dalam program televisyen dan internet ataupun menggenggam segulung ijazah PhD ataupun menang bertanding di dalam sebuah parti politik atau memasuki parti politik atau menubuhkan persatuan di atas nama ulama' atau pakaiannya dan sebagainya. Sungguh murah gelaran ulama' ini untuk dijadikan batu loncatan dan pakaian.

11. Ya! Banyak penggunaan istilah agama berkaitan gelaran kepada para ilmuan agama pada hari ini termasuk di dalam bab "al-tawassu' fi al-istilah" iaitu kelonggaran penggunaan istilah dan bukan kerana tahqiqnya individu tersebut pada gelarannya... melainkan sangat sedikit.

12. Selain daripada istilah ulama', istilah tajdid, islah, jihad dan lain-lain begitu mudah digunakan untuk menghalalkan tindakan masing-masing dan pendapat masing-masing dan menyalahkan orang lain.

11. Istilah2 ini dapat menjadi pakaian menutupi kebatilan yang terselindung di sebaliknya, khususnya fitnah dan bid'ah di dalam agama, sebagaimana ahli bid'ah, si jahil dan si fasiq boleh menutup bid'ah, kejahilan dan kefasiqan di sebalik pakaian seorang alim. [hal ini dipanggil tadlis]

13. Maka, berhati-hatilah kita di dalam urusan agama kita dan semoga Allah tidak menjadikan musibah kita di dalam agama kita sepertimana doa Rasulullah SAW (Sunan al-Tirmizi):

وَلَا تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا 
Terjemahan: "Dan janganlah engkau (Ya Allah!) menjadikan musibah kami di dalam agama kami."

14. Semoga Allah SWT menunjukkan kita jalan yang lurus. Al-Fatihah.

Wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesunggunya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' empat mazhab terdahulu yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???